Tangisan dalam Kenangan………..ghulamuddakwah Ammar Zulkifli
Uncategorized June 12th, 2009

Allahyarhamhu : Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat, laksana anak-anak akhirat,melihat dunia dari jendela akhirat
Saya menulis post kali ini dengan linangan air mata. Sebak. Teringat waktu saya datang ke MATRI sebelum fly dulu untuk menyambung pelajaran di Mesir. Allahyarhamhu Ammar ketika itu berada di Tingkatan 5, dan memegang jawatan penolong ketua pelajar MATRI.
Pada ketika itu, saya ambil kesempatan ‘meminang’ beliau untuk menyambung pelajaran ke Mesir.
“Ammar, blaja elok2 kat sini…. Nanti lepas SPM sambung study n tarbiyahkat Mesir..… Jadi junior ana….hehe.”
Alhamdulillah, kami dipertemukan lagi selepas Allahyarhamhu diterima untuk ke Mesir dalam bidang perubatan, ketika itu saya sebagai senior beliau, menyambut beliau di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Seronok dapat bertemu kembali. Tetapi tidak saya sangka, tempat pertama saya menyambut beliau di Mesir merupakan juga tempat terakhir saya menghantar beliau pulang…..Aku adalah seniormu di alam ini, tapi engkau adalah seniorku dialam sana….
Berita peninggalan beliau merupakan satu kejutan besar buat saya..Banyak kalam dan kenangan bersama Allahyarhamhu sukar saya lupakan. Walaupun dipisahkan dgn jarak 200kmCairo- Iskandariah, kami tidak pernah lekang untuk bertegur sapa….
Teringat satu ketika, sedang saya study sambil online….tibe2 dapat satu YM msg dari beliau tanpa sebarang pembuka bicara…..
ammar zul (12/15/2008 9:15:30 PM): owh zaid
ammar zul (12/15/2008 9:15:34 PM): sayang kamu
Saya kehairanan seketika. Kenapa time ni plak tetibe luah perasaan?
Walaupun saya membalas msg beliau dengan balasan yang agak hambar , namun hakikatnya, nun jauh di hati sayangnya saya pada beliau tidak mungkin digambarkan dengan perkataan semata-mata….Tapi ternyata, Tuhan Ar-Rahman, kasih sayangNya melebihi segala kasih sayang makhluk2Nya. Allah lebih menyayangi beliau.
“ Yang kekal hanyalah Zat Allah “
Satu ketika lagi, beliau pernah menyatakan target beliau tahun ini….
“ Zaid, tahun 3 ni ana target mumtaz ..“
Saya hanya tersenyum mendengar cita2 beliau. Allah telah mengambil beliau ketika beliau sedang menjalani peperiksaan akhir tahun 3.Moga Allah menggantikan cita2 beliau dengan satu yang lebih baik. Bila terkenang kembali cita2 beliau ini, kelopak mata saya berair. Sedih, sayu………… Bagiku, engkau seorang sahabat yang lebih dari mumtaz.
Dan satu ketika lagi, saya pernah mengajak beliau balik ke tanah airuntuk menziarahi Allahyarhmaha Ummi Halimaton, guru bahasa Melayu kami yang baru meninggal bulan lepas….. Tidak kusangka, beliau telah pulang dulu ….Moga beliau dan Allahyarhamha Ummi ditempatkan bersama para solihin siddiqin dan syuhada’……
Muhammad Ammar bin Zulkifli berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Bersama saya ketika di sekolah menengah Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah sejak saya di tingkatan 2 sehinggalah tingkatan 5. Seorang yang bertubuh kecil tetapi berjiwa besar. Kulitnya hitam manis dan wajahnya tidak pernah sunyi dari senyuman. Seorang yang sangat petah bercakap serta baik akhlaq dan kalamnya. Saya suka mendengar loghat ‘ain nya yang pekat….
Beliau terlibat dalam nahas kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan pulang dari membuat survey tempat untuk rehlah batch beliau. Beliau diamanahkan menjadi pengarah program. Walaupun dalam kesibukan exam, mindanya tidak pernah jemu berfikir mcm mana nk bagi sumbangan kepada rakan-taulan sekeliling beliau…
Benarlah firman Allah yang berbunyi
“ Katakanlah (Muhammad ) : Meskipun kamu berada di rumahmu, nescaya orang2 yang telah ditetapkan akan mati terbunuh itu , keluar ke tempat mereka terbunuh. “
( Ali Imran : 154 )
Saidina Ali r.a pernah berkata :
لا بد أن تلقى ربك وأنت فتت
“ Tidak dapat tidak , mestilah kamu bertemu dengan Tuhan kamu dalam keadaan cebis-cebisan ( dah all out ) “
Saya mendengar khabar, otaknya hancur dan rahangnya patah semasa nahas tersebut. Namun wajahnya tersenyum ketika kepalanya dibaluti …Ya Allah, jadikanlah ia sebagai bukti dan saksi perjuangan hambaMu itu di dunia..
Terima Kasih ya Allah kerana telah mengurniakan aku seorang sahabat yang sentiasa mengingatkan diriku ini kepadaMu.
ألا أخبركم بخير الناس ؟ قالوا: بلى يا رسول الله, قال : من تذكركم برؤيته بالله عز وجل
“ Mahukah saya beritahu kamu sebaik-baik manusia? Mereka (sahabat ) menjawab : ya wahai Rasulullah.. Baginda SAW bersabda : Orang yang apabila kamu melihatnya akan mengingatkan kamu kepada Allah ‘Azza wa Jalla….”
( Riwayat Ibnu Majah )
Al-fatihah………………..
June 12th, 2009 at 4:55 am
akhi sabar ye.
kullu nafsin zaiqotul mout
sama2 kita amik ibrah drpd kejadian ni
kita kene sedar masa kita kat dunia/alex ni limited sngt
ayuh jgn buang masa n kita sama2 penuhkan diri dengan ilmu2 tarbiah n dakwah n gerak utk islah warga2 alexni
ALAA INNA NASROLLAHI QORIB
June 12th, 2009 at 6:35 am
salam….ana sebenarnya xbrpa knal ngan Ammar Zulkifli Rahimahullahu Taala ni…walaupun dia ni junior ana kat dq…..ala kulli hal ana ucapakn takziah mudah2an roh dia diterima oleh Allah dikalangan roh2 para solihin….Ameen
Al-Insanul Insan yatabaddalu Ilaihi ma yatabaddalul Insan….
June 14th, 2009 at 6:45 pm
[...] tentang beliau boleh di baca di sini, di sini dan di [...]
June 15th, 2009 at 10:11 am
[...] Serpihan Perkongsian [...]